Tuesday, September 15, 2009

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun.Banyak kilang perindustrian,pusat beli-belah dan rumah dibinayang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-herktar.Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah menbuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut.Walau bagaimanapun,terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan
bangunan bersejarah seperti di Surabaya,Jakarta.Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku?Adakah perlu bangunan tersebut di diruntuhkan?Tepuk dada tanyalah selera.Sebenarnya,terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumendapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku.Monumen,mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting.Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50tahun,kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British,Balanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan.Di samping itu,bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah,kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng,mitos atau lagenda.Sebagai contohnya,zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago,Georgetown,Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sajarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajah awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke 18.Tegasnya,usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monumen negara tidak wajar dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment